Kemahiran
kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, Memberi, pendapat, memahami,
mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.la
melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul. menyelesaikan
masalah. mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Menurut Prof. Madya Dr Rohani Bin
Abdullah (2003) berdasar buku beliau yang berjudul “Panduan Kognitif
Kanak-kanak Prasekolah'. kognitif mernjuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan
kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Hai ini bermaksud. ia adalah suatu proses memperkembangkan
daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.
Kemahiran
kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.Perkembangan
kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran
kanak-kanak.la berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku
dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.Perkembangan kemahiran adalah berasaskan
perubahan stuktur mental kanak-kanak yang melibatkan bahasa imaginasi, mental,
fikiran, penaakulan dan penyelesaian masalah kemahiran mengingat.Kita juga
boleh mengukur perkembangan intelek mereka dengan melihat kemampuan sertakebolehan
mereka untuk menggunakan kemahiran berfikir mereka bagi menyelesaikan sesuatu
masalah.
Seperti
yang kita sedia maklum. teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang
tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky.Teori-teori ini telah
memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan
peranannya didalam perkembangan kognitif kanak-kanak Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi
penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.Teori-teori ini memainkan peranan
penting dalam membantu kita menjadi bakal guru yang lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih kita dalam memainkan peranan dalam merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak.
#Kognitif
#perkembangan kanak-kanak
#perkembangan kanak-kanak