# Habbatus Sauda
#BAGAIMANA HABBATUS SAUDA BERFUNGSI MERAWAT KEBANYAKKAN
PENYAKIT
1) Menguat sistem pertahanan badan semulajadi yang
sedia ada dalam tubuh. Kandungan yang lengkap dalam habbatusauda menguatkan
sistem imun daripada serangan penyakit.
2) Mengandungi hormon yang lengkap untuk menambah
kecergasan mentel, seksual dan pelbagai aktiviti.
3) Melancar semula perjalanan darah dan ini membantu
ke arah penyembuhan semulajadi.
4) Kandungan nigellon yang terdapat didalamnya terbaik
dan paling berkesan untuk merawat masalah kesukaran bernafas, lelah dan radang
tengkorok.
5) Membantu menguat kembali fungsi-fungsi buah
pinggang, hempedu, hati, jantung dan bahagian-bahgian lain dalam tubuh seperti
sediakala. Oleh itu, insya-Allah ia boleh membantu pesakit kencing manis, gout,
jantung dan sebagainya.
6) Membekal sel-sel yang diperlukan untuk menambah
keupayaan tubuh, menyingkirkan tumor/ketumbuhan yang mengakibatkan barah.
7) Membersihkan perut, menyingkirkan angin, kahak dan
pelbagai tindak balas berlaku semasa rawatan. Namun ia tidak meninggalkan
sebarang kesan sampingan dan selamat digunakan.
PENYAKIT-PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT OLEH HABBATUSAUDA
1) #Darah tinggi
2) #Kencing Manis
4) #Resdung
5) #Asma
6) #Luka-luka dihari
7) #Batu karang
8) #Sakit buah pinggang
9) #Gout
10) #Lemak berlebihan
11) #Luka-luka dalam mulut
12) #Luka-luka dalam perut
13) #Kurang Penghadaman
14) #Menegang permukaan kulit
15) #Mengecut semua ketumbuhan
16) #Senggugut
17) #Putaran haid tidak menentu
18) #Buasir
19) #Sakit usus perut
20) #Luka usus kecil
21) #Ketegangan urat saraf
22) #Letih lesu
23) #Masalah penglihata
24) #Anticancer (pencegah kanser yang berkesan)
25) #Antihistamine (pencegah alahan)
26) #Antioxidant (pencegah kerosakan sel)
27) #Antibiotic (pembunuh kuman)
28) #Antimycotic (antikulat)
29) #Bancho-dilating effect (pengembang saluran
pernafasan)
30) #Masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah
pinggang
31) #Melancarkan keluarnya kencing
32) #Memperlancarkan darah haid
33) #Melancarkan pengeluaran susu ibu.
34) #Masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke /
lumpuh sebelah badan
35) #Mengeluarkan angin dari perut
36) #Menambahkan ghairah seks
37) #Masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan
seks
38) #Masalah dalaman wanita - fibroid, menopause,
keputihan, jangkitan kulat
39) #Masalah penafasan - asma, batuk berkahak,
bronchitis
40) #Masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi /
rendah
41) #Masalah mental - meningkatkan kecergasan minda
42) #Masalah tulang / sendi - gaout, arthritis dan
reumatima
43) #Kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain.
Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan
keajaiban habbatus sauda dan menyarankan kita menggunakan habbatus sauda untuk
merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan
ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan habbatus sauda.
Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi
tentang kebenaran dan kesahihan bahawa habbatus sauda adalah penawar segala
penyakit.
LAIN-LAIN KAJIAN HABBATUSSAWDA (BLACK SEED)
I. Menurut Bukhari – Muslim, NABI S.A.W bersabda yang
bermaksud “Habbatus Sawda” mempunyai ubat bagi segala jenis penyakit kecuali
maut”
II. Kajian oleh tokoh perubatan terkemuka Ibnu Sina
& Inbu Qayyum Al Jawziyyah dalam bukunya “U Medicine of The Prophet”
terutamanya penyakit-penyakit yang melibatkan lelah (asthma), sistem
pernafasan, sistem saraf, pembiakan, penghadaman dan merawat organ dalam badan
serta mengatasi 50 jenis penyakit bertepatan dengan Hadith Rasullallah S.A.W
III. Orang Arab terkenal mempunyai pernafasan, tenaga
sex yang baik dan mampu mengharungi perjalanan jauh (musafir) berpuluh batu
hanya berjalan atau menunggang unta kerana mengamalkan Habbatus Sawda dan madu
sebagai makanan harian.
IV. Doktor Abu Ali Al Hussain B Abdullah B Sina yang
lebih terkenal dengan IBNU SINA di dalam kitab besarnya QANUNFIL TIBB sebagai
berikut: Habbatus Sawda boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang
bermasalah. Dalam hal ini juga ia bertindak sebagai bom bagi menghancurkan batu
karang yang ada pada buah pinggang. Caranya ialah Habbatus Sawda di campurkan
madu lebah dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.
V. Kajian perubatan moden yang di lakukan oleh Dr
Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang Imunologi di Munich mendapati
bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda boleh di gunakan untuk merawat
pelbagai jenis penyakit.
VI. Menurut kajian di Munich Institut bagi kajian
Newer Therapeutic Methods mendapati habbatus suada mengandungi lebih dari 100
bahan aktif yang dianggap sebagai bahan yang mempromosikan kesihatan (health
promoting subtances)
VII. Mengandungi 0.5 - 1 % ethereal oil yang bersifat
antibaktiria anti oksidan.
IX. Sangat berguna untuk rawatan kulit, kulat
intestine, bronchitis, kekerapan selsema, sakit kepala juga bersifat anti
radang. Sangat berkesan merawat penyakit alahan dan asthma.
X. The Journal of American Scientist melaporkan
Habbatus sauda bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi
antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel),
antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect
(pengembang) saluran pernafasan.
Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy”
mendapati habbatus sauda atau Habbah Sauda mengandungi betasitosterol iaitu
bahan untuk anti kanser yang berkesan.
Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa
habbatus sauda berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan
ghairah seks, dan melancarkan darah haid.
Anti-Cancer
Nigella Sativa (Black Seed) sekarang sedang dilihat
oleh banyak ahli onkologi sebagai ubat herba yang serius untuk membantu dalam
rawatan kanser. US Food and Drug Administration (FDA) telah memberikan 2 paten
yang melibatkan minyak Nigella Sativa untuk mengubati kanser, mencegah kesan
sampingan akibat chemotherapy, dan untuk meningkatkan fungsi sistem pertahanan
badan. Pada tahun 1991, Amala Cancer Research Centre, Kerala, India telah
menjalankan kajian yang membuktikan minyak Nigella Sativa berguna dan effektif
sebagai agen chemotherapeutic. Dalam kajian lain, didapati bahawa pengambilan
minyak Nigella Sativa mengurangkan kesan sampingan beracun yang disebabkan oleh
beberapa ubat kemoterapi yang lain seperti cisplatin dan doxorubicin.
Pada tahun 2003 di Jackson State University, USA,
doktor-doktor telah mengkaji Nigella Sativa dan keberkesanannya sebagai agen
anti-cancer. Mereka mendedahkan sel kanser payudara kepada ekstrak Nigella
Sativa. Hasilnya, sel kanser payudara telah di nyahaktifkan dan doktor-doktor di
disitu merumuskan bahawa Nigella Sativa sesuai digunakan dalam pencegahan dan
rawatan kanser payu dara.
Pada tahun yang sama, doktor-doktor di Osaka City
University Medical School di Jepun mengkaji penggunaan Nigella Sativa untuk
rawatan kanser usus besar. Pengajian mereka menunjukkan bahawa minyak Nigella
Sativa dapat menghambat pertumbuhan kanser pada tahap postinitiation. Pada
tahun 2004 di Universiti Amerika di Beirut, Lubnan, thymoquinone yang
dihasilkan dari Nigella Sativa telah diselidiki untuk mengkaji kemampuannya
dalam melawan sel-sel kanser usus. Penelitian mereka membuktikan bahawa
thymoquinone mempunyai potensi yang tinggi sebagai agen untuk rawatan kanser
usus besar.
Baru-baru ini, penyelidikan yang dijalankan di Kimmel
Cancer, Jefferson di Philadelphia, menemui bahawa thymoquinone mampu menghalang
pertumbuhan sel kanser pankreas dan membunuh sel-sel dengan menggalakkan proses
programmed cell death. Dengan menggunakan sel pankreas manusia, kajian
menjumpai bahawa thymoquinone membunuh lebih kurang 80% sel kanser. Kajian juga
menjumpai bahawa thymoquinone mampu menyebabkan perubahan epigenetic dalam sel
kanser pankreas dengan memodifikasikan sel DNA.
#Anti-Tumor
Pada tahun 1991, Amala Research Center di Amala Nagar,
Kerala (India) menjalankan kajian yang telah menegaskan bahawa penggunaan
minyak Nigella Sativa (Black Seed) mampu bertindak sebagai agen anti-tumor.
Jenis kedua sel kanser, Dalton's Lymphoma ascites (DLA) sel, juga digunakan.
Tikus yang menerima sel EAC dan Nigella Sativa (Black Seed) tetap muzik tanpa
adanya tumor, menunjukkan bahawa secara aktif 100% mencegah perkembangan tumor
EAC.
Pada tahun 1997, Cancer Research Laboratory of Hilton
Head Island, South Carolina, USA, telah berjaya membuktikan bahawa Nigella
Sativa dapat digunakan sebagai agen di dalam rawatan tumor dan tidak
mendatangkan kesan-kesan sampingan sepertimana ubat-ubatan lain yang digunakan
untuk chemotherapy. Mereka mendapati bahawa pengambilan Habbatus Sauda dapat
meningkatkan kadar pertumbuhan sel sumsum tulang sebanyak 250%, manakala dapat
mengurangkan kadar pertumbuhan tumor sebanyak 50%.
#Etiologi dan komplikasi diabetes banyak disebabkan
oleh kehadiran free radical species di dalam badan, yang mengakibatkan
oxidative stress. Pesakit diabetes menunjukkan paras oxidative stress yang
tinggi yang banyak disebabkan oleh persistent hyperglycemia atau paras gula
yang tinggi dan berterusan. Ini akan mengurangkan aktiviti anti-oxidative dan
seterusnya menggalakkan lebih banyak penghasilan free radical species.
#Diabetes
Baru-baru ini, penyelidik-penyelidik menemui bahawa
Nigella sativa dan bahan aktifnya Thymoquinone, mempengaruhi paras gula dan
insulin di dalam badan. Tambahan pula, mereka mencadangkan bahawa aktiviti
antioksidan Habbatus Sauda’ mampu mengurangkan kecederaan terhadap sel-B di
dalam pancreas. Kajian tersebut menemui kurang kecederaan terhadap tisu-tisu
haiwan yang mempunyai diabetes setelah mengambil Habbatus Sauda’. Disebabkan
itu, mereka telah merumuskan bahawa thymoquinone mendatangkan kesan
hepatoprotective, iaitu kesan perlindungan terhadap hati disebabkan oleh kesan
langsung atau tidak langsung aktiviti anti-oksida Habbatus Sauda’.
Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengkaji
kesan-kesan Habbatus Sauda pada paras gula di dalam darah. Kajian-kajian ini
telah dilakukan ke atas beberapa haiwan, termasuk arnab, kambing, dan tikus.
Keputusan kajian-kajian ini sangat memberangsangkan kerana telah menunjukkan
kesan yang penting terhadap paras gula iaitu dapat menurunkan paras gula di dalam
darah setelah diberikan Habbatus Sauda’ untuk sekurang-kurangnya 48 jam. Kesan
tersebut akan terus meningkat apabila Habbatus Sauda’ diberikan untuk tempoh
yang panjang, iaitu sehingga beberapa minggu. Oleh sebab itu, pada masa kini
Habbatus Sauda’ digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk diabetes.
Pada tahun 2002, kajian yang dilakukan di Gifu
Universiti di Jepun telah membuktikan bahawa Habatus Sauda’ boleh digunakan
sebagai rawatan Type 2 diabetes. Pada tahun 1991, Kuwait Universiti telah
menjalankan kajian ke atas mekanisma aktiviti Nigella Sativa berkaitan dengan
diabetes. Mereka menjumpai bahawa ekstrak Habbatus Sauda’ adalah ubat yang
sesuai digunakan untuk merawat penyakit diabetes yang tidak memerlukan insulin.
Pada tahun 2003, tiga fakulti di Van, Turki, dan pada 2004 di Faculty of
Medicine, Universiti Zonguldak Karaelmas, Zonguldak mengesahkan bahawa Nibella
Sativa dapat menurunkan paras gula di dalam darah kepada paras normal bagi
arnab yang menghidapi diabetes.
#Darah Tinggi
Kajian ke atas haiwan mendedahkan bahawa Habbatus
Sauda’ mampu menjadi alternatif kepada ubat-ubat darah tinggi yang berada di
pasaran sekarang. Kesan yang dilaporkan setelah mengambil Habbatus Sauda’
termasuk penurunan tekanan darah di dalam arteri selepas hanya 15 hari
mengambilnya. Ciri-ciri anti-oksida Habbatus Sauda’ juga telah dikenalpasti
dapat menghindarkan dari penyakit jantung.
Penyelidik-penyelidik menyatakan bahawa kemampuan
diuretic Habbatus Sauda’ yang menyebabkan ia menjadi ubat darah tinggi yang
baik adalah disebabkan oleh volatile oil di dalam Habbatus Sauda’. Satu kajian
di Perancis menjumpai bahawa dichloromethane (sejenis volatile oil) yang
dijumpai di dalam ekstrak Habbatus Sauda’ menunjukkan kesan diuretic yang
tinggi. Bahagian methanol yang larut minyak menunjukkan kesan membantut ke atas
tindakan arachidonic acid untuk meningkatkan penggumpalan platelet dan
pembekuan darah, yang mengakibatkan kesan anti-platelet bertambah. Pada tahun
2001, Meiji Pharmaceutical University di Tokyo, Jepun telah menjalankan kajian
hemotologik ke atas minyak Nigella Sativa. Mereka mendapati bahawa Nigella
Sativa menunjukkan aktiviti anti-thrombosis yang lebih tinggi berbanding
aspirin (ubat yang kerap digunakan untuk mengubati thrombosis).
Suatu kajian yang lain telah mendapati bahawa
tikus-tikus yang telah diberi makan minyak Habbatus Sauda’ menunjukkan
pengurangan paras kolesterol, triglyceride, gula, dan bilangan platelet
sebanyak 15-35% berbanding control values. Keputusan ini mencadangkan bahawa
kesan-kesan positif ini boleh digunakan dalam rawatan hyperglycemia dan
hyperlipidemia, dan mungkin juga sebagai imbuhan dalam rawatan anemia
(kekurangan sel darah merah). Beberapa ekstrak Habbataus Sauda’ mengurangkan
plasma trygliceride secara signifikan dan pada masa yang sama menigkatkan paras
HDL-kolesterol. Tambahan pula, satu kajian menyatakan bahawa volatile oil di
dalam Habbatus Sauda’ mempunyai kesan yang sama efektif dengan simvastatin
dalam mengurangkan paras kolesterol di dalam badan. Manakala satu kajian yang
lain yang melibatkan sembilan orang pelajar menjumpai bahawa dua kapsul 500 mg
minyak Habbatus Sauda’ sebanyak dua kali sehari selam dua minggu mampu
mengurangkan paras gula dan juga paras kolesterol.
Bukti saintifik mencadangkan bahawa minyak Habbatus
Sauda’ sangat efektif dalam mengurangkan paras homocysteine. Pembuktian melalui
kajian yang dilakukan ke atas binatang menunjukkan bahawa homocysteine
menyebabkan kesan oxidant secara langsung ke saluran darah, mengurangkan kesan
vasodilation dan anti-coagulation nitrus oksida, dan meningkatkan oxidative
stress. Minyak Habbatus Sauda’ memberi alternatif untuk mengurangkan
homocysteine kepada mereka yang tidak memberi respon terhadap asid folik,
vitamin B12 atau B6.
#Nigella Sativa
call/sms/telegram/whatsup 016-3212184
No comments:
Post a Comment