MEKAR GAGASAN – SUMPAH
GURU 1MALAYSIA
(Dedikasi Buat Para
Guru Malaysia )
Disampaikan di
Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malysia
di Stadium Putra,
Bukit Jalil pada 16 Oktober, 2010.
Aduhai,
bangsa Malaysiaku
Benarlah,
kata sang pujangga
Ilmu
itu ibarat pelita, guru itu bagaikan lilin
Rela
membakar diri, menebar ilmu
Jasa
dan bakti dicurah tanpa jemu
Cahaya
melimpah di segenap penjuru.
Aduhai,
bangsaku, bangsa Malaysia
Benarlah
kata Sasterawan Negara
Guru...Dialah
bapa, dialah sahabat
Alur
kesetiaan mengalirkan nasihat
Guru
adalah pemimpin, ditauliahkan segala umat
seribu
katanya menjadi hikmat.
Seorang
Raja yang memerintah negara
Seorang
Perdana Menteri yang memimpin bangsa
Seorang
Ulama yang menjaga hal ehwal agama
Seorang
Peguam yang mengendali bicara
Seorang
Jurutera yang merencana pembangunan nusa
Hatta,
seorang Tukang Sapu yang kecil pendapatannya, juga
Sejarahnya
adalah dimulakan dari seorang guru biasa.
Kami
, Guru Malaysia
Teruja
pada sebuah ingatan para warga
Menyulam
bangga, pabila generasi masih menghargai
Berjasa
dan berbakti
Mendidik
dan memimpin pada pertiwi
Secebis
keringat, namun bekasnya bersemi
Citra
dan cita murni profesion kami
Ikrar dan janji sampai ke mati.
Aduhai,
bangsaku, bangsa Malaysia
Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan langkah bemula
Kini
melonjak Keberhasilan Kualiti Pendidikan negara
Tranformasi
Pendidikan, satu rangka membina bangsa berjaya
Modal
insan berperibadi mulia harapan utama
Niat
murni, mengangkasa bangsa, dilaksana
Pendidikan
Negara Bertaraf Dunia cita-cita bersama.
Aduhai,
Guruku, Guru Malaysia
Marilah...!
Kita bangkit dari lena yang panjang
Memimpin
dan mencipta, bangsa merdeka
Demi
Malaysia tanah air tercinta
Bumi
merdeka – negara nan berdaulat
Keamanan,
kemakmuran, kita harumkan.
Bersatu
aku di bawah payung Malaysia
Berdiri kami di bawah pohon Malaysia
Berfikir semua sebagai anak Malaysia
Perpaduan
Kebangsaan kita semaikan
Menuai
hasil berisi, penuh restu di telapak tangan.
Wawasan
pemimpin - 1 Malaysia, harapan mulia
‘
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ’
Menyentuh
kalbu, bertaut kasih pada rindu
Bangsa
Malaysia bangkit menjadi bangsa peneraju.
Mari
... ! Mari ...! Kita sebarkan
Agenda
Pendidikan negara berteras 1Malaysia
Guru
1Malaysia - Penjana Modal Insan Cemerlang
Guru
1Malaysia - Pembina Negara Bangsa Gemilang
Guru
1Malaysia - Pemangkin Pendidikan Terbilang.
Guru
1Malaysia
Tidak
rela, rumah Malaysia nan harmoni ini
Hancur
lebur, dek rapuhnya patriotisme bangsa
Mekarnya
gagasan 1Malaysia
Perpaduan
bangsa, kami ajarkan
Pada
anak didik , generasi penerus warisan.
Aduhai,
Guru 1Malaysia
Marilah,
kita kotakan apa yang dikata
Membulatkan
harapan menuju puncak jaya
Menyambung
tangan, merealisasikan integrasi bangsa
Kualiti
pendidikan kita, menjulang, menyinar di segenap benua.
Sejahteralah negaraku Malaysia, negara berdaulat
Sejahteralah
bangsaku Malaysia, bangsa merdeka
1
Malaysia – 1 Semangat - 1 Harapan
Malaysia
negaraku berjaya di pentas dunia.
Ini
sumpah, Guru Malaysia !
Sederap - serentak, seirama melangkah
Mekarnya
gagasan, negaraku Malaysia nan tercinta
Mengotakan
janji, menggapai cita-cita.
Terima
kasih...
Y.A.B
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Pemimpin
tersohor negara - Perdana Menteri dikasihi
Tajam
akal menembus kebajikan rakyatnya
Sejarah
melakar, memacu anjung pendidikan
Mengukir
semangat rasa cintanya pada warga guru
Pendidikan
anak bangsa, ditulis pada baris pertama
Profesion
keguruan menjadi sanjungan mulia
Memeta
wawasan bangsa 1Malaysia.
Terima
Kasih...
Y.A.B
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Pemimpin nombor dua negara - Menteri Pelajaran disayang
Panglima
yang bijak pada tugasnya - Panglima yang setia pada ketuanya
Berpencak,
bersilat, turun ke padang
Sehalus
kekangan , sulaman santunan menjadi tikar
Tranformasi
pendidikan dipastikan melonjak ke hadapan
Pemodenan
pendidikan melestarikan wawasan.
Perjuanganmu...wira
negara
Bersama
semangat kibaran, Sang Saka Bangsa
Bersama
semangat kilauan, Keris Panca Warisan
Bersama
gerak tindak dan tingkah yang sekata
Tidakpun
pernah kalah pada gertak pemusnah nusa
Pengorbanan
sejati demi tanah air tercinta.
Terima
Kasih...Wira cemerlang pada akal dan budi
Ketulusan,
keikhlasan, terpancar bagaikan mentari
Keyakinan,
keberanian tersebar di genggaman tangan sakti
Pendidikan
1Malaysia, menjana tranformasi.
Wahai,
Guru Malaysia !
Panggilan
keramat ‘Cikgu’
menggamit
rindu, pada kita yang pernah berguru
Budimu
yang diapungkan di dulang ilmu
Dikenang
dan diingati selalu
Segunung
Budimu , Selaut Kasihku.
‘Cikgu’ ! Jasa
dan budimu bagai gemilang kilauan permata biru
Walaupun
terbenam di sebalik pepasir membeku
Namun
namamu tetap berseri, di sudut sanubariku.
Terima
Kasih, Cikgu !
Nukilan:
Cg.
HJ.MEGAT MD.SALEH MD ARSHAD
Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)
Kementerian
Pelajaran Malaysia , Putrajaya
No comments:
Post a Comment