Monday, 22 December 2014

Art of Marketing..

Basically, content marketing is the art of communicating with your customers and prospects without selling. It is non-interruption marketing. Instead of pitching your products or services, you are delivering information that makes your buyer more intelligent. The essence of this content strategy is the belief that if we, as businesses, deliver consistent, ongoing valuable information to buyers, they ultimately reward us with their business and loyalty. Nowadays people also look for the facts and useful information about the products and services that they find interesting instead of ads.

So engage your audience with unique & useful story/ information of your services or product.  Provide your information precisely not with bag of unnecessary stuffing of keywords. Make your content king in the marketing world and become a great Marketer...

#marketingstrategy

Sunday, 21 December 2014

TAZKIRAH USAHAWAN 2


PRINSIP KEUSAHAWANAN ISLAM

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam ruangan TazkirahHari ini saya akan sambung lagi mengenai KEUSAHAWANAN ISLAM tetapi di dalam bab PRINSIP pula yang perlu ada bagi setiap orang yang ingin menceburkan diri di dalam bidang perniagaan, sama ada secara online atau tidak.
Terdapat beberapa prinsip-prinsip asas yang telah dirangkakan oleh agama kita berhubung dengan bidang perniagaan dan keusahawanan. Islam amat menitik-beratkan sikap berterus-terang, jujur dan amanah di dalam perniagaan. Jika dilihat prinsip-prinsip sebegini semakin hari semakin kurang diamalkan oleh golongan peniaga di negara kita khususnya. Ini akan menimbulkan perasaan saling tidak mempercayai di antara pembeli dengan peniaga.
Prinsip-prinsip perniagaan dan keusahawanan ini telah disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadis, dan menjelaskan tentang prinsip-prinsip tersebut, di antaranya ialah berhubung dengan :
1.    Sumpah Dusta – Pada masa kini, para peniaga kebiasaannya cuba untuk mempengaruhi para pelanggan mereka dengan janji palsu atau sumpah dusta. Bermacam-macam cara mereka lakukan sama ada melalui pengiklanan atau pun promosi yang dikeluarkan dengan tawaran ala ‘Indah khabar dari rupa’, semata-mata untuk menarik para pembeli bagi membeli produk atau barangan mereka, serta menabur janji-janji palsu yang boleh mengelirukan. Ini mungkin disebabkan oleh pasaran ekonomi yang tidak seimbang, pengeluaran produk-produk baru, keghairahan untuk mengaut keuntungan dalam sekelip mata, dan mungkin juga oleh sikap para pembeli atau masyarakat kita yang tidak memperdulikan nilai-nilai moral atau ‘roh Islamiah’ di dalam kehidupan mereka. Islam amat membenci semua jenis urusniaga yang menggunakan sumpah dusta. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah r.a yang telah meriwayatkan : “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud. Persumpahan-persumpahan dusta akan melariskan barang-barang dagangan tetapi menghapuskan keberkatan.” Abu Dzar juga telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud. ” Allah tidak akan menegur, memandang atau mengampunkan dosa 3 golongan, mereka akan menanggung seksaan yang amat pedih. Abu Dzar mencelah, “Sesungguhnya mereka telah sesat dan binasa!” Siapakah mereka ini, Wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Seseorang yang menunjuk-nunjuk kemewahannya dengan melabuhkan kain seluarnya di bawah paras buku lali, seseorang yang suka mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan kepada orang lain dan seseorang yang telah melariskan barang dagangannya menerusi persumpahan dusta.” Riwaya Muslim
2.    Mengurangi Timbangan – Prinsip kedua yang disebut oleh Allah s.w.t ialah mengenai pentingnya ukuran dan timbangan yang betul dan selaras dalam perniagaan seharian kita. Masalah ini dipandang ringan oleh masyarakat kita, sedangkan Islam telah memberikan tumpuan dan penekanan yang utama mengenai faedah melakukan timbangan dan ukuran yang betul dan jujur sejak 1400 tahun yang lampau lagi. Sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang iaitu orang-orang yang apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya. Tidaklah orang-orang itu menyangka bahawa sesungguhnya kitab orang yang derhaka itu tersimpan dalam sijjin – Al-Mutoffifin 1-7
3.    Hubungan Baik – Prinsip ke-3 dan yang terakhir pula ialah kepentingan jalinan perhubungan yang baik di dalam urusan perniagaannya. Antara salah satu faktor utama timbulnya hubungan buruk di antara peniaga dan penjual ialah akibat dari sikap peniaga yang tidak menerangkan atau menulis syarat-syarat perniagaan dengan jelas dan dapat difahami oleh pelanggan atau sesama peniaga. Untuk mewujudkan hubungan yang baik di dalam perniagaan, maka hendaklah segala urusan berbentuk perjanjian perniagaan, tanda harga, hutang dan sebagainya ditulis secara jelas dan mestilah dibuat secara bertulis dengan menggariskan semua syarat-syarat yang telah dipersetujui, kerana hal ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah 282 yang bermaksud : ” Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, maka hendaklah kamu menulisnya dan hendaklah seseorang di antara kamu menulis secara benar

Demikianlah prinsip-prinsip yang dapat saya simpulkan secara ringkat dan dari ketiga-tiga prinsip tersebut terpampang jelas kepada kita bahawa perniagaan dan perdagangan dalam Islam amat berbeza pada asasnya dari perniagaan yang berkonsepkan perniagaan moden. Konsep perniagaan Islam ini berkait-rapat dengan nilai-nilai akhlak ‘Mahmudah’ atau terpuji dan berlandaskan kepada etika-etika hidup yang sememangnya tidak terdapat di dalam konsep perniagaan modem. Oleh itu, semua urusan perniagaan yang tidak membawa faedah, tidak boleh dianggap perniagaan Islam. Kerajaan berhak menyekat urusniaga atau perbuatan-perbuatan yang mengambil kesempatan ke atas mereka yang miskin atau golongan yang memerlukan.
Sekian dulu perkongsian ilmu pada hari ini, Insya-Allah bertemu lagi kita di hari Jumaat yang akan datang, untuk ruangan Tazkirah jika diberikan kesempatan masa. Terima Kasih

Friday, 19 December 2014

Tazkirah Keusahawanan 1

Membina Semangat dan Jiwa Keusahawanan Dalam Kalangan Orang Islam



     Dewasa ini dalam persaingan bagi mendapatkan peluang pekerjaan atau perniagaan, idea menceburkan diri dalam keusahawanan adalah penting. Ramai orang mahu menjadi usahawan kerana yakin ia adalah jalan untuk kekayaan dan kemakmuran hidup. Pada hakikatnya , ajaran Islam mendorong penganutnya mencapai taraf hidup yang tinggi dan kemakmuran. Dengan ini mereka mampu menterjemahkan Islam sebagai rahmatan lil ‘aalamin dan menjadi khairu ummah (sebaik-baik umat).

Islam bukanlah agama yang menafikan keinginan manusia hendak menjadi kaya dan memiliki harta.Namun Islam menekankan kekayaan perlu diurus dengan berhati-hati supaya ia tidak jatuh menjadi haram dan dilaknat Allah.Seorang muslim perlu berusaha mencari rezekinya dan Allah suka kepada mereka yang sanggup bersusah payah demi mencari rezeki. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “Allah memberi rezeki kepada hambaNya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan keras serta usahanya.”




Sama ada kita sedar atau tidak , Junjungan kita Nabi Muhammad SAW adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Ini kerana kita sering menyempitkan pandangan kita pada baginda. Kita hanya melihat baginda sebagai pemimpin agama semata-mata. Kita juga lebih banyak mengetahui kisah hidupnya selepas baginda diangkat menjadi rasul. Padahal contoh-contoh pada diri baginda yang perlu kita teladani wujud sejak baginda kanak-kanak, remaja dan seterusnya sehingga dewasa. Lama sebelum baginda diangkat menjadi rasul, baginda terlebih dahulu adalah seorang usahawan.

Inspirasi Menjadi Kaya

Semangat memperjuangkan kekayaan dengan menjadi usahawan adalah warisan Nabi Muhammad. Dengan itu kita tidak perlu membahaskan hal-hal yang berkaitan dengan perjuangan menuju kekayaan (bukan mengejar kekayaan) kerana menganggapnya tidak sesuai dengan amanat dakwah. Ini kerana baginda sendiri adalah seorang usahawan yang mencapai kekayaan. Baginda memberikan contoh bagaimana memperjuangkan kekayaan, mensyukuri kekayaan, aktif dalam perniagaan dan membelanjakan harta di jalan Allah.

Sebagai orang kaya ,Nabi Muhammad SAW memberikan mahar sebanyak 20 ekor unta sewaktu baginda bernikah dengan Khadijah. Selain itu, baginda juga menghadiahkan 12 auns emas kepada isterinya. Sekiranya wang itu ditukar dengan mata wang pada hari ini,jumlahnya memang besar. Selepas baginda berkahwin dengan Khadijah, kekayaannya bertambah kerana hartanya digabungkan dengan kekayaan Khadijah. Tidak ada catatan yang pasti mengenai kekayaan baginda dan bagaimana kekayaan itu berkurangan selepas baginda lebih menumpukan perhatiannya kepada aktiviti dakwah. Apa yang diketahui ialah baginda banyak menginfakkan hartanya bagi membiayai dakwah di jalan Allah.

Tidak dapat kita nafikan , salah satu sebab kelemahan umat Islam pada hari ini adalah kerana kelemahan ekonomi. Umat Islam lemah dan tidak memiliki kekuatan ekonomi yang cukup untuk bersaing dengan negara-negara yang kaya. AmerikaSyarikat berjaya menjadikan hampir seluruh negara di dunia bergantung pada dolarnya. Apabila nilai dolar jatuh, seluruh dunia merasakan kesannya. Orang-orang Islam yang berada dalam kemiskinan, hidupnya menjadi sempit dan mendekati kekufuran. Apa lagi hendak membantu orang lain. Dalam hal ini Allah mengingatkan dengan firmanNya: “ Carilah pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu dengan kebahagiaan akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada kenikmatan duniawi. Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu. Janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.”
Mengapa sebahagian umat Islam masih berada dalam kemiskinan? Ada yang mengatakan kemiskinan adalah cara hidup orang-orang soleh. Benarkah dakwaan sebegini? Mengapakah kemiskinan seolah-olah menjadi bukti kesolehan? Ramai orang miskin merasakan apabila mereka miskin Allah sedang menguji mereka supaya mereka sabar, qanaah, tawakal dan zuhud. Padahal Allah juga menguji orang-orang kaya dengan keempat-empat sifat yang sama. Bahkan ujian untuk orang kaya adalah lebih berat lantaran banyaknya harta yang mereka miliki.

Membina Jiwa Keusahawanan

Kita mungkin sudah biasa mendengar hadis ini, “ Sembilan daripada sepuluh punca rezeki datang daripada usaha berdagang dan sepersepuluhnya lagi adalah daripada usaha berternak.” Persoalannya sejauh mana kita sebagai umat Islam merebut peluang dalam bidang perniagaan dan keusahawanan?Kebanyakan ibubapa merasakan jika anak-anak mereka berjaya menjawat jawatan profesional dan kerja makan gaji maka itu sudah menjamin kejayaan dalam hidup. Sikap sebegini haruslah dihindari agar kita dapat menjadikan keusahawanan dan perniagaan adalah warisan Nabi Muhammad SAW. Keusahawanan bukanlah bakat melainkan nilai-nilai yang ditanam sejak kecil sehingga menjadi kemahiran hidup.

Dalam tradisi keluarga peniaga Cina, ibubapa mula melibatkan anak-anak yang masih kecil dalam aktiviti perniagaan . Mereka juga sentiasa mengingatkan anak-anak supaya berjimat cermat. Ibubapa memulakan pendidikan keusahawanan sejak awal bagi mewariskan semangat dan jiwa berniaga kepada anak-anak mereka.

Semangat keusahawanan perlu ditanamkan sejak awal iaitu kepada anak-anak yang cemerlang dalam sikap dan pemikiran di peringkat sekolah rendah lagi. Dengan ini anak-anak yang cemerlang dapat memutuskan jalan hidupnya menjadi usahawan ataupun menjadi pencipta pekerjaan kepada orang lain. Harus diingat Nabi Muhammad SAW mula berniaga sejak berusia 12 tahun.

Kesimpulan dan Penutup

Keusahawanan adalah langkah bagi memperjuangkan kekayaan supaya dunia ini tidak menjadi penjara. Dalam hal ini kekayaan kerap disebut sebagai ‘kebebasan kewangan’. Umat Islam perlu menambahkannya menjadi ‘keberkatan kewangan’. Dengan kata lain, kekayaan yang kita usahakan dan miliki mengundang berkat daripada Allah sehingga kita memiliki kekuatan untuk berkongsi kekayaan itu dan mengurusnya dengan sebaik-baiknya.
Wallahu’alam.

Ditulis oleh,


Ummu Aufa

e-Wellness Pusat Fisioterapi dan Hidroterapi, Kuantan.

#awakkatmane
#usahawan
#tazkirah

Saturday, 13 December 2014

Makanan Minda...



Apa yang mungkin anda risaukan atau takutkan mengenai anak-anak anda ?
Gagal dalam peperiksaan atau keputusan kurang cemerlang
Lemah dalam pelajaran dan kurang fokus dalam kelas
Malas belajar dan malas solat
Bersikap degil, murung, panas baran dan tidak mendengar kata
Hyperaktif / anak yang pelat tuturkata atau sukar bercakap





Perkenalkan Produk Minda Hebat ! Dengan 300 Formula! GXTRA Mampu Menyelesaikan 1001 Masalah ibu bapa/ pelajar/ kanak-kanak dengan :
Meningkatkan tahap IQ dan kecergasan otak secara optimum
Menjadikan minda laju memproses data, cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca dan diperolehi dengan pantas
Mengatasi masalah pelat dan kesukaran/ kelambatan bercakap pada kanak-kanak
Mengurangkan dan membasmi sifat sifat negatif dalam diri seperti mudah panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, degil, penakut , jauh dengan keluarga dan panas baran.
Melegakan migrain,demam ringan dan penyakit saraf.

CADANGAN Pengambilan GXTRA Untuk Lebih Berkesan

TIPS PENGAMBILAN GXTRA UNTUK LEBIH EFEKTIF (Oleh Dr. Mohd Yusuff)

Pengambilan 3 Hari Pertama
  1. Untuk pengambilan 3 hari pertama berturut-turut, ambil 21 biji gxtra dan larutkan dalam 1.5 liter air putih (air biasa/suam).
  2. Semasa penyediaan goncang botol air beberapa kali (tak lebih 10 kali) supaya tenaga dalam gxtra lebih tersebar disertai dengan niat/ Untuk pengambilan 3 hari pertama berturut-turut, ambil 21 biji gxtra dan larutkan dalam 1.5 ltr air putih (air biasa/suam).
  3. Doa/kata-kata positif untuk anak. Air tersebut perlu dihabiskan dalam 1 hari. Boleh dikongsi 2 atau maksima 3 orang.

Pengambilan Hari Ke 4 dan Seterusnya
Untuk hari ke 4 dan seterusnya boleh diambil seperti biasa; di hisap atau dikunyah. Walaubagaimanapun boleh teruskan kaedah larutan untuk lebih efektif dan hasil lebih cepat. Boleh dilarutkan dalam 500 ml air putih atau mengikut kesuaian. Kuantiti seperti yang disarankan (ikut tahap umur masing-masing).
** Cara pengambilan akan kami sertakan semasa pembelian
** GXTRA tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Kebiasaan dianjurkan membaca niat hajat, doa penerang hati dan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW

keterangan lanjut layari http://genius-xtra.com/pengambilan.php
contact 016-3900384 (NorYanti)

Thursday, 11 December 2014

#tipsUntukHidupBahagia

18 Tips Untuk Hidup Lebih
Tenang dan Bahagia
=================



1. Berdoa 

Ada masalah atau sedang susah hati? Daripada anda layankan dan fikirkan perasaan tersebut, adalah lebih baik anda “mengadu” dengan Tuhan. Bukankah doa boleh memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang insan terhadap penciptanya.

2. Tidur dan rehat yang cukup

Tidur dan rehat yang cukup amat penting bagi kesihatan mental dan fizikal kita . Menurut satu web kesihatan, prestasi sewaktu anda berjaga bergantung kepada apa yang berlaku semasa anda tidur.

3. Bahagikan tugas

Sentiasa ingat bahawa anda yang seorang manusia biasa yang hanya punya dua kaki dan dua tangan, dan tidak mempunyai super power Jadi jangan paksa diri untuk lakukan semua perkara. Minta bantuan orang lain untuk ringankan beban anda. Contohnya, jika anda seorang bos, delegasikan tugas pejabat dengan baik kepada pekerja anda. Untuk suami isteri pula, kongsi tanggungjawab dalam membangunkan keluarga secara saksama.

4. Belanjakan wang ikut kemampuan

Antara faktor utama manusia tidak bahagia , tertekan dan sengsara dalam hidup adalah bebanan hutang.Bak kata pepatah, biar papa asal bergaya. Jadi rancang kewangan anda dengan baik dan berbelanjalah mengikut kemampuan. Jangan lupa diri setiap kali dapat gaji tapi akhirnya susah hati pada hujung bulan kerana kehabisan wang. Setkan keutamaan anda dan jadi bijak dalam membezakan antara kehendak dan keperluan.

5. Jaga bahasa dan pertuturan

Jangan kerana mulut badan binasa. Orang yang bermulut jahat dan suka memfitnah tentunya akan tidak disukai oleh masyarakat, termasuk rakan-rakan dan keluarga anda juga. Akibatnya semua orang di sekeliling akan mula menjauhkan diri daripada anda.

6. Amalkan pemakanan yang sihat

You are what you eat ! Pemakanan yang sihat akan mengurangkan risiko anda daripada menghidapi penyakit-penyakit berbahaya.

7. Jadi pengemas

Pastikan semua barang- barang anda tersusun. Jadi kehidupan seharian anda akan menjadi lebih teratur. Anda tentu tidak mahu terlewat pergi ke kerja kerana mencari kunci rumah yang berada…. ntah di mana… bukan?

8. Isi masa terluang dengan baik

Isi masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah atau boleh menghiburkan anda. Misalnya jika anda menaiki pengangkutan awam, masa menunggu kadang-kadang boleh buat anda tertekan bukan? Isi masa tersebut dengan aktiviti yang relevan dan anda suka seperti mmbaca buku atau mendengar muzik.

9. Ambil masa untuk bersendiri

Menurut psychologytoday.com, bersendirian penting untuk membolehkan anda menenagkan fikiran, meningkatkan produktiviti dan konsentrasi, memberi peluang anda mencari diri sendiri, berfikir lebih dalam, meningkatkan kualiti dalam perhubungan dengan orang lain dan menyelesaikan masalah dengan lebih mendalam.

10. Bermain dengan kanak-kanak /bayi atau binatang peliharaan

Ini tips yang pernah penulis tonton daripada satu program Tv oleh pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Menurut beliau, mendukung bayi adalah antara cara untuk menghilangkan stress.Kesan yang sama dapat dirasai dengan mendukung haiwan peliharaan seperti kucing.

11. Senyum dan ketawa

Senyum dari sudut saintifiknya akan merembeskan Endorphins yang akan membuatkan kita lebih tenang dan ceria. Menurut longevity.about.com, senyuman akan membuat seseorang menjadi lebih menarik, mengubah mood, menghilangkan stress,meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan darah dan membuatkan seseorang lebih awet muda.

12. Cintakan kerjaya anda

Kerjaya anda seolah-olah sebahagian daripada hidup anda. Kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja.Jika anda tidak sukakan atau tertekan dengan kerjaya anda, tentu sekali anda akan berasa tidak bahagia secara tidak langsung.

13. Berhenti bergosip tentang orang lain

Orang yang sibuk bercakap hal orang lain adalah orang yang suka bersangka buruk dan suka mencari kesalahan orang lain. Sebenarnya, secara tidak langsung, habit seperti ini membawa kesan negatif kepada diri anda sendiri juga.

14. Lupakan kenangan pahit

Past is past. Jangan biarkan diri anda terbelenggu dengan masa silam anda yang kurang enak. Pandang ke hadapan dan lupakan saja perkara itu. Anggaplah pengalaman pahit anda sebagai pengajaran dan pengalaman hidup yang mematangkan diri anda.

15. Bersyukur

Orang yang sentiasa punya rasa tidak puas hati dan iri hati dengan orang lain tidak akan bahagia. Belajarlah bersyukur dan menghargai apa yang anda ada. Cuba pandang nasib orang lain yang lebih teruk daripada anda dan berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain.

16. Berfikiran positif

Pandang setiap perkara daripada sudut positif. Setiap perkara mesti ada pros dan cons nya. Berhenti merungut dan bersangka buruk dengan orang lain.Buka hati dan minda anda seluasnya.

17. Anggap kehidupan sebagai proses pembelajaran

Apa sahaja yang anda lalui, itu merupakan satu perjalanan hidup. Guru terbaik adalah pengalaman hidup anda sendiri. Jadi jangan ada penyesalan dalam hidup anda sehingga membelenggu dan menghalang anda daripaa bergerak ke hadapan.

18. Jadi pemaaf

Life is too short to waste time hating. Belajar untuk memaafkan insan-insan yang pernah berbuat salah kepada anda. Sebelum tidur cuba untuk maafkan semua orang di sekeliling anda. Mungkin untuk sesetengah kes serius, anda mungkin memerlukan masa untuk berbuat demikian. Ambillah seberapa banyak masa pun namun jangan berhenti mencuba. Time heals everything.