Monday, 22 December 2014

Art of Marketing..

Basically, content marketing is the art of communicating with your customers and prospects without selling. It is non-interruption marketing. Instead of pitching your products or services, you are delivering information that makes your buyer more intelligent. The essence of this content strategy is the belief that if we, as businesses, deliver consistent, ongoing valuable information to buyers, they ultimately reward us with their business and loyalty. Nowadays people also look for the facts and useful information about the products and services that they find interesting instead of ads.

So engage your audience with unique & useful story/ information of your services or product.  Provide your information precisely not with bag of unnecessary stuffing of keywords. Make your content king in the marketing world and become a great Marketer...

#marketingstrategy

Sunday, 21 December 2014

TAZKIRAH USAHAWAN 2


PRINSIP KEUSAHAWANAN ISLAM

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam ruangan TazkirahHari ini saya akan sambung lagi mengenai KEUSAHAWANAN ISLAM tetapi di dalam bab PRINSIP pula yang perlu ada bagi setiap orang yang ingin menceburkan diri di dalam bidang perniagaan, sama ada secara online atau tidak.
Terdapat beberapa prinsip-prinsip asas yang telah dirangkakan oleh agama kita berhubung dengan bidang perniagaan dan keusahawanan. Islam amat menitik-beratkan sikap berterus-terang, jujur dan amanah di dalam perniagaan. Jika dilihat prinsip-prinsip sebegini semakin hari semakin kurang diamalkan oleh golongan peniaga di negara kita khususnya. Ini akan menimbulkan perasaan saling tidak mempercayai di antara pembeli dengan peniaga.
Prinsip-prinsip perniagaan dan keusahawanan ini telah disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadis, dan menjelaskan tentang prinsip-prinsip tersebut, di antaranya ialah berhubung dengan :
1.    Sumpah Dusta – Pada masa kini, para peniaga kebiasaannya cuba untuk mempengaruhi para pelanggan mereka dengan janji palsu atau sumpah dusta. Bermacam-macam cara mereka lakukan sama ada melalui pengiklanan atau pun promosi yang dikeluarkan dengan tawaran ala ‘Indah khabar dari rupa’, semata-mata untuk menarik para pembeli bagi membeli produk atau barangan mereka, serta menabur janji-janji palsu yang boleh mengelirukan. Ini mungkin disebabkan oleh pasaran ekonomi yang tidak seimbang, pengeluaran produk-produk baru, keghairahan untuk mengaut keuntungan dalam sekelip mata, dan mungkin juga oleh sikap para pembeli atau masyarakat kita yang tidak memperdulikan nilai-nilai moral atau ‘roh Islamiah’ di dalam kehidupan mereka. Islam amat membenci semua jenis urusniaga yang menggunakan sumpah dusta. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah r.a yang telah meriwayatkan : “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud. Persumpahan-persumpahan dusta akan melariskan barang-barang dagangan tetapi menghapuskan keberkatan.” Abu Dzar juga telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud. ” Allah tidak akan menegur, memandang atau mengampunkan dosa 3 golongan, mereka akan menanggung seksaan yang amat pedih. Abu Dzar mencelah, “Sesungguhnya mereka telah sesat dan binasa!” Siapakah mereka ini, Wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Seseorang yang menunjuk-nunjuk kemewahannya dengan melabuhkan kain seluarnya di bawah paras buku lali, seseorang yang suka mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan kepada orang lain dan seseorang yang telah melariskan barang dagangannya menerusi persumpahan dusta.” Riwaya Muslim
2.    Mengurangi Timbangan – Prinsip kedua yang disebut oleh Allah s.w.t ialah mengenai pentingnya ukuran dan timbangan yang betul dan selaras dalam perniagaan seharian kita. Masalah ini dipandang ringan oleh masyarakat kita, sedangkan Islam telah memberikan tumpuan dan penekanan yang utama mengenai faedah melakukan timbangan dan ukuran yang betul dan jujur sejak 1400 tahun yang lampau lagi. Sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang iaitu orang-orang yang apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya. Tidaklah orang-orang itu menyangka bahawa sesungguhnya kitab orang yang derhaka itu tersimpan dalam sijjin – Al-Mutoffifin 1-7
3.    Hubungan Baik – Prinsip ke-3 dan yang terakhir pula ialah kepentingan jalinan perhubungan yang baik di dalam urusan perniagaannya. Antara salah satu faktor utama timbulnya hubungan buruk di antara peniaga dan penjual ialah akibat dari sikap peniaga yang tidak menerangkan atau menulis syarat-syarat perniagaan dengan jelas dan dapat difahami oleh pelanggan atau sesama peniaga. Untuk mewujudkan hubungan yang baik di dalam perniagaan, maka hendaklah segala urusan berbentuk perjanjian perniagaan, tanda harga, hutang dan sebagainya ditulis secara jelas dan mestilah dibuat secara bertulis dengan menggariskan semua syarat-syarat yang telah dipersetujui, kerana hal ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah 282 yang bermaksud : ” Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, maka hendaklah kamu menulisnya dan hendaklah seseorang di antara kamu menulis secara benar

Demikianlah prinsip-prinsip yang dapat saya simpulkan secara ringkat dan dari ketiga-tiga prinsip tersebut terpampang jelas kepada kita bahawa perniagaan dan perdagangan dalam Islam amat berbeza pada asasnya dari perniagaan yang berkonsepkan perniagaan moden. Konsep perniagaan Islam ini berkait-rapat dengan nilai-nilai akhlak ‘Mahmudah’ atau terpuji dan berlandaskan kepada etika-etika hidup yang sememangnya tidak terdapat di dalam konsep perniagaan modem. Oleh itu, semua urusan perniagaan yang tidak membawa faedah, tidak boleh dianggap perniagaan Islam. Kerajaan berhak menyekat urusniaga atau perbuatan-perbuatan yang mengambil kesempatan ke atas mereka yang miskin atau golongan yang memerlukan.
Sekian dulu perkongsian ilmu pada hari ini, Insya-Allah bertemu lagi kita di hari Jumaat yang akan datang, untuk ruangan Tazkirah jika diberikan kesempatan masa. Terima Kasih

Friday, 19 December 2014

Tazkirah Keusahawanan 1

Membina Semangat dan Jiwa Keusahawanan Dalam Kalangan Orang Islam



     Dewasa ini dalam persaingan bagi mendapatkan peluang pekerjaan atau perniagaan, idea menceburkan diri dalam keusahawanan adalah penting. Ramai orang mahu menjadi usahawan kerana yakin ia adalah jalan untuk kekayaan dan kemakmuran hidup. Pada hakikatnya , ajaran Islam mendorong penganutnya mencapai taraf hidup yang tinggi dan kemakmuran. Dengan ini mereka mampu menterjemahkan Islam sebagai rahmatan lil ‘aalamin dan menjadi khairu ummah (sebaik-baik umat).

Islam bukanlah agama yang menafikan keinginan manusia hendak menjadi kaya dan memiliki harta.Namun Islam menekankan kekayaan perlu diurus dengan berhati-hati supaya ia tidak jatuh menjadi haram dan dilaknat Allah.Seorang muslim perlu berusaha mencari rezekinya dan Allah suka kepada mereka yang sanggup bersusah payah demi mencari rezeki. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “Allah memberi rezeki kepada hambaNya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan keras serta usahanya.”




Sama ada kita sedar atau tidak , Junjungan kita Nabi Muhammad SAW adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Ini kerana kita sering menyempitkan pandangan kita pada baginda. Kita hanya melihat baginda sebagai pemimpin agama semata-mata. Kita juga lebih banyak mengetahui kisah hidupnya selepas baginda diangkat menjadi rasul. Padahal contoh-contoh pada diri baginda yang perlu kita teladani wujud sejak baginda kanak-kanak, remaja dan seterusnya sehingga dewasa. Lama sebelum baginda diangkat menjadi rasul, baginda terlebih dahulu adalah seorang usahawan.

Inspirasi Menjadi Kaya

Semangat memperjuangkan kekayaan dengan menjadi usahawan adalah warisan Nabi Muhammad. Dengan itu kita tidak perlu membahaskan hal-hal yang berkaitan dengan perjuangan menuju kekayaan (bukan mengejar kekayaan) kerana menganggapnya tidak sesuai dengan amanat dakwah. Ini kerana baginda sendiri adalah seorang usahawan yang mencapai kekayaan. Baginda memberikan contoh bagaimana memperjuangkan kekayaan, mensyukuri kekayaan, aktif dalam perniagaan dan membelanjakan harta di jalan Allah.

Sebagai orang kaya ,Nabi Muhammad SAW memberikan mahar sebanyak 20 ekor unta sewaktu baginda bernikah dengan Khadijah. Selain itu, baginda juga menghadiahkan 12 auns emas kepada isterinya. Sekiranya wang itu ditukar dengan mata wang pada hari ini,jumlahnya memang besar. Selepas baginda berkahwin dengan Khadijah, kekayaannya bertambah kerana hartanya digabungkan dengan kekayaan Khadijah. Tidak ada catatan yang pasti mengenai kekayaan baginda dan bagaimana kekayaan itu berkurangan selepas baginda lebih menumpukan perhatiannya kepada aktiviti dakwah. Apa yang diketahui ialah baginda banyak menginfakkan hartanya bagi membiayai dakwah di jalan Allah.

Tidak dapat kita nafikan , salah satu sebab kelemahan umat Islam pada hari ini adalah kerana kelemahan ekonomi. Umat Islam lemah dan tidak memiliki kekuatan ekonomi yang cukup untuk bersaing dengan negara-negara yang kaya. AmerikaSyarikat berjaya menjadikan hampir seluruh negara di dunia bergantung pada dolarnya. Apabila nilai dolar jatuh, seluruh dunia merasakan kesannya. Orang-orang Islam yang berada dalam kemiskinan, hidupnya menjadi sempit dan mendekati kekufuran. Apa lagi hendak membantu orang lain. Dalam hal ini Allah mengingatkan dengan firmanNya: “ Carilah pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu dengan kebahagiaan akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada kenikmatan duniawi. Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu. Janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.”
Mengapa sebahagian umat Islam masih berada dalam kemiskinan? Ada yang mengatakan kemiskinan adalah cara hidup orang-orang soleh. Benarkah dakwaan sebegini? Mengapakah kemiskinan seolah-olah menjadi bukti kesolehan? Ramai orang miskin merasakan apabila mereka miskin Allah sedang menguji mereka supaya mereka sabar, qanaah, tawakal dan zuhud. Padahal Allah juga menguji orang-orang kaya dengan keempat-empat sifat yang sama. Bahkan ujian untuk orang kaya adalah lebih berat lantaran banyaknya harta yang mereka miliki.

Membina Jiwa Keusahawanan

Kita mungkin sudah biasa mendengar hadis ini, “ Sembilan daripada sepuluh punca rezeki datang daripada usaha berdagang dan sepersepuluhnya lagi adalah daripada usaha berternak.” Persoalannya sejauh mana kita sebagai umat Islam merebut peluang dalam bidang perniagaan dan keusahawanan?Kebanyakan ibubapa merasakan jika anak-anak mereka berjaya menjawat jawatan profesional dan kerja makan gaji maka itu sudah menjamin kejayaan dalam hidup. Sikap sebegini haruslah dihindari agar kita dapat menjadikan keusahawanan dan perniagaan adalah warisan Nabi Muhammad SAW. Keusahawanan bukanlah bakat melainkan nilai-nilai yang ditanam sejak kecil sehingga menjadi kemahiran hidup.

Dalam tradisi keluarga peniaga Cina, ibubapa mula melibatkan anak-anak yang masih kecil dalam aktiviti perniagaan . Mereka juga sentiasa mengingatkan anak-anak supaya berjimat cermat. Ibubapa memulakan pendidikan keusahawanan sejak awal bagi mewariskan semangat dan jiwa berniaga kepada anak-anak mereka.

Semangat keusahawanan perlu ditanamkan sejak awal iaitu kepada anak-anak yang cemerlang dalam sikap dan pemikiran di peringkat sekolah rendah lagi. Dengan ini anak-anak yang cemerlang dapat memutuskan jalan hidupnya menjadi usahawan ataupun menjadi pencipta pekerjaan kepada orang lain. Harus diingat Nabi Muhammad SAW mula berniaga sejak berusia 12 tahun.

Kesimpulan dan Penutup

Keusahawanan adalah langkah bagi memperjuangkan kekayaan supaya dunia ini tidak menjadi penjara. Dalam hal ini kekayaan kerap disebut sebagai ‘kebebasan kewangan’. Umat Islam perlu menambahkannya menjadi ‘keberkatan kewangan’. Dengan kata lain, kekayaan yang kita usahakan dan miliki mengundang berkat daripada Allah sehingga kita memiliki kekuatan untuk berkongsi kekayaan itu dan mengurusnya dengan sebaik-baiknya.
Wallahu’alam.

Ditulis oleh,


Ummu Aufa

e-Wellness Pusat Fisioterapi dan Hidroterapi, Kuantan.

#awakkatmane
#usahawan
#tazkirah

Saturday, 13 December 2014

Makanan Minda...



Apa yang mungkin anda risaukan atau takutkan mengenai anak-anak anda ?
Gagal dalam peperiksaan atau keputusan kurang cemerlang
Lemah dalam pelajaran dan kurang fokus dalam kelas
Malas belajar dan malas solat
Bersikap degil, murung, panas baran dan tidak mendengar kata
Hyperaktif / anak yang pelat tuturkata atau sukar bercakap





Perkenalkan Produk Minda Hebat ! Dengan 300 Formula! GXTRA Mampu Menyelesaikan 1001 Masalah ibu bapa/ pelajar/ kanak-kanak dengan :
Meningkatkan tahap IQ dan kecergasan otak secara optimum
Menjadikan minda laju memproses data, cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca dan diperolehi dengan pantas
Mengatasi masalah pelat dan kesukaran/ kelambatan bercakap pada kanak-kanak
Mengurangkan dan membasmi sifat sifat negatif dalam diri seperti mudah panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, degil, penakut , jauh dengan keluarga dan panas baran.
Melegakan migrain,demam ringan dan penyakit saraf.

CADANGAN Pengambilan GXTRA Untuk Lebih Berkesan

TIPS PENGAMBILAN GXTRA UNTUK LEBIH EFEKTIF (Oleh Dr. Mohd Yusuff)

Pengambilan 3 Hari Pertama
  1. Untuk pengambilan 3 hari pertama berturut-turut, ambil 21 biji gxtra dan larutkan dalam 1.5 liter air putih (air biasa/suam).
  2. Semasa penyediaan goncang botol air beberapa kali (tak lebih 10 kali) supaya tenaga dalam gxtra lebih tersebar disertai dengan niat/ Untuk pengambilan 3 hari pertama berturut-turut, ambil 21 biji gxtra dan larutkan dalam 1.5 ltr air putih (air biasa/suam).
  3. Doa/kata-kata positif untuk anak. Air tersebut perlu dihabiskan dalam 1 hari. Boleh dikongsi 2 atau maksima 3 orang.

Pengambilan Hari Ke 4 dan Seterusnya
Untuk hari ke 4 dan seterusnya boleh diambil seperti biasa; di hisap atau dikunyah. Walaubagaimanapun boleh teruskan kaedah larutan untuk lebih efektif dan hasil lebih cepat. Boleh dilarutkan dalam 500 ml air putih atau mengikut kesuaian. Kuantiti seperti yang disarankan (ikut tahap umur masing-masing).
** Cara pengambilan akan kami sertakan semasa pembelian
** GXTRA tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Kebiasaan dianjurkan membaca niat hajat, doa penerang hati dan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW

keterangan lanjut layari http://genius-xtra.com/pengambilan.php
contact 016-3900384 (NorYanti)

Thursday, 11 December 2014

#tipsUntukHidupBahagia

18 Tips Untuk Hidup Lebih
Tenang dan Bahagia
=================



1. Berdoa 

Ada masalah atau sedang susah hati? Daripada anda layankan dan fikirkan perasaan tersebut, adalah lebih baik anda “mengadu” dengan Tuhan. Bukankah doa boleh memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang insan terhadap penciptanya.

2. Tidur dan rehat yang cukup

Tidur dan rehat yang cukup amat penting bagi kesihatan mental dan fizikal kita . Menurut satu web kesihatan, prestasi sewaktu anda berjaga bergantung kepada apa yang berlaku semasa anda tidur.

3. Bahagikan tugas

Sentiasa ingat bahawa anda yang seorang manusia biasa yang hanya punya dua kaki dan dua tangan, dan tidak mempunyai super power Jadi jangan paksa diri untuk lakukan semua perkara. Minta bantuan orang lain untuk ringankan beban anda. Contohnya, jika anda seorang bos, delegasikan tugas pejabat dengan baik kepada pekerja anda. Untuk suami isteri pula, kongsi tanggungjawab dalam membangunkan keluarga secara saksama.

4. Belanjakan wang ikut kemampuan

Antara faktor utama manusia tidak bahagia , tertekan dan sengsara dalam hidup adalah bebanan hutang.Bak kata pepatah, biar papa asal bergaya. Jadi rancang kewangan anda dengan baik dan berbelanjalah mengikut kemampuan. Jangan lupa diri setiap kali dapat gaji tapi akhirnya susah hati pada hujung bulan kerana kehabisan wang. Setkan keutamaan anda dan jadi bijak dalam membezakan antara kehendak dan keperluan.

5. Jaga bahasa dan pertuturan

Jangan kerana mulut badan binasa. Orang yang bermulut jahat dan suka memfitnah tentunya akan tidak disukai oleh masyarakat, termasuk rakan-rakan dan keluarga anda juga. Akibatnya semua orang di sekeliling akan mula menjauhkan diri daripada anda.

6. Amalkan pemakanan yang sihat

You are what you eat ! Pemakanan yang sihat akan mengurangkan risiko anda daripada menghidapi penyakit-penyakit berbahaya.

7. Jadi pengemas

Pastikan semua barang- barang anda tersusun. Jadi kehidupan seharian anda akan menjadi lebih teratur. Anda tentu tidak mahu terlewat pergi ke kerja kerana mencari kunci rumah yang berada…. ntah di mana… bukan?

8. Isi masa terluang dengan baik

Isi masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah atau boleh menghiburkan anda. Misalnya jika anda menaiki pengangkutan awam, masa menunggu kadang-kadang boleh buat anda tertekan bukan? Isi masa tersebut dengan aktiviti yang relevan dan anda suka seperti mmbaca buku atau mendengar muzik.

9. Ambil masa untuk bersendiri

Menurut psychologytoday.com, bersendirian penting untuk membolehkan anda menenagkan fikiran, meningkatkan produktiviti dan konsentrasi, memberi peluang anda mencari diri sendiri, berfikir lebih dalam, meningkatkan kualiti dalam perhubungan dengan orang lain dan menyelesaikan masalah dengan lebih mendalam.

10. Bermain dengan kanak-kanak /bayi atau binatang peliharaan

Ini tips yang pernah penulis tonton daripada satu program Tv oleh pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Menurut beliau, mendukung bayi adalah antara cara untuk menghilangkan stress.Kesan yang sama dapat dirasai dengan mendukung haiwan peliharaan seperti kucing.

11. Senyum dan ketawa

Senyum dari sudut saintifiknya akan merembeskan Endorphins yang akan membuatkan kita lebih tenang dan ceria. Menurut longevity.about.com, senyuman akan membuat seseorang menjadi lebih menarik, mengubah mood, menghilangkan stress,meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan darah dan membuatkan seseorang lebih awet muda.

12. Cintakan kerjaya anda

Kerjaya anda seolah-olah sebahagian daripada hidup anda. Kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja.Jika anda tidak sukakan atau tertekan dengan kerjaya anda, tentu sekali anda akan berasa tidak bahagia secara tidak langsung.

13. Berhenti bergosip tentang orang lain

Orang yang sibuk bercakap hal orang lain adalah orang yang suka bersangka buruk dan suka mencari kesalahan orang lain. Sebenarnya, secara tidak langsung, habit seperti ini membawa kesan negatif kepada diri anda sendiri juga.

14. Lupakan kenangan pahit

Past is past. Jangan biarkan diri anda terbelenggu dengan masa silam anda yang kurang enak. Pandang ke hadapan dan lupakan saja perkara itu. Anggaplah pengalaman pahit anda sebagai pengajaran dan pengalaman hidup yang mematangkan diri anda.

15. Bersyukur

Orang yang sentiasa punya rasa tidak puas hati dan iri hati dengan orang lain tidak akan bahagia. Belajarlah bersyukur dan menghargai apa yang anda ada. Cuba pandang nasib orang lain yang lebih teruk daripada anda dan berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain.

16. Berfikiran positif

Pandang setiap perkara daripada sudut positif. Setiap perkara mesti ada pros dan cons nya. Berhenti merungut dan bersangka buruk dengan orang lain.Buka hati dan minda anda seluasnya.

17. Anggap kehidupan sebagai proses pembelajaran

Apa sahaja yang anda lalui, itu merupakan satu perjalanan hidup. Guru terbaik adalah pengalaman hidup anda sendiri. Jadi jangan ada penyesalan dalam hidup anda sehingga membelenggu dan menghalang anda daripaa bergerak ke hadapan.

18. Jadi pemaaf

Life is too short to waste time hating. Belajar untuk memaafkan insan-insan yang pernah berbuat salah kepada anda. Sebelum tidur cuba untuk maafkan semua orang di sekeliling anda. Mungkin untuk sesetengah kes serius, anda mungkin memerlukan masa untuk berbuat demikian. Ambillah seberapa banyak masa pun namun jangan berhenti mencuba. Time heals everything.

Thursday, 27 November 2014

Perkembangan Kognitif

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, Memberi, pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.la melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul. menyelesaikan masalah. mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Menurut Prof. Madya Dr Rohani Bin Abdullah (2003) berdasar buku beliau yang berjudul “Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah'. kognitif mernjuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Hai ini bermaksud. ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.

Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.la berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.Perkembangan kemahiran adalah berasaskan perubahan stuktur mental kanak-kanak yang melibatkan bahasa imaginasi, mental, fikiran, penaakulan dan penyelesaian masalah kemahiran mengingat.Kita juga boleh mengukur perkembangan intelek mereka dengan melihat kemampuan sertakebolehan mereka untuk menggunakan kemahiran berfikir mereka bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Seperti yang kita sedia maklum. teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky.Teori-teori ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya didalam perkembangan kognitif kanak-kanak Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi bakal guru yang lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih kita dalam memainkan peranan dalam merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. 

#Kognitif
#perkembangan kanak-kanak

Monday, 24 November 2014

Six Must-Have Skills Every Entrepreneur Needs

#EntrepreneurSkills
Six Must-Have Skills Every Entrepreneur Needs
written by: Carla Michelle•edited by: Jean Scheid• updated: 6/12/2010
Learn the six skills you need in order to excel at being an entrepreneur.
·         Entrepreneurial Skills
What skills are needed to be an entrepreneur? There are many skills that entrepreneurs develop over time, but there are a few skills that every entrepreneur must have before opening their “doors” for business. Read through this list and if you find any skills that you need to work on, develop them while you are building your business plan. Successful entrepreneurs have to start with these six must-have skills.
·         #1 Self-Motivation
The most important skill any entrepreneur needs is the ability to wake up in the morning and begin working. If you have been 10 minutes late to work everyday for the past five years, most likely that habit will not change if you own your own business. Not only do you need to be able to wake-up, but you also need to be able to begin and end work on time. Many first time entrepreneurs find themselves wasting away their day talking on the phone, filing and developing binders for clients that do not exist. Schedule your day and stick to your schedule.
·         #2 Self-Confidence
Every entrepreneur needs to be confident in themselves, their product and their business. You need to know that your product can truly help people and that you are charging prices that are both fair to you and your clients.
·         #3 Ethics & Morals
Ethics and morals are the foundation of every good entrepreneur. Early on you must decide what you and your business will stand for and what lines you will refuse to cross. Many entrepreneurs close their doors because the dollar outshines their morals. If you stray too far from your morals you will give yourself and your business a bad name. No one wants to do business with someone who will not stand up for their own morals.
·         #4 Time Management
Every minute is valuable
As mentioned under Self-Motivation – Schedule your day and stick to your schedule. This cannot be emphasized enough. New entrepreneurs need to realize that every minute is valuable. When first starting out, most likely you will not have enough “work” to fill an eight hour day. This does not mean that you have time to take a 3 hour lunch with friends. Utilize this time to learn more skills related to your business, find ways to advertise and contact potential clients.
·         #5 Sales
No matter how much you don’t like the idea of it, every business has to work with sales. Each industry and business has a unique way of handling their sales. As an entrepreneur, it is your job to figure out what type of sales you prefer and what type is best for your services or products. If you have ever worked in retail sales or advertising you already have an edge on most other hopeful business people. All entrepreneurs will benefit from sales seminars, books and motivational programs.
·         #6 Finance
When in business, knowledge of finance is a must. Knowing how to balance a checkbook and keep track of numbered invoices is all most small businesses need to start out. The most important aspect of small business finance is scheduling time specifically for your finance management and doing it. Granted it helps to have an accounting degree or extensive QuickBooks knowledge but these skills are not mandatory.

·         Possessing or nurturing these skills before going into business will help ensure a successful outcome. So long as you have an excellent salable idea and these six entrepreneurial skills, nothing can stop you from doing your best

Thursday, 20 November 2014

PUSAT TUISYEN BIJAK SYURA (PTBS)



# KELAS INTENSIF CUTI SEKOLAH 2014
DAFTAR SEGERA
HUBUNGI 011-15061542 (ZUE)
#awakkatmana
#pusattuisyen
#seremban2

Friday, 14 November 2014

Bantu Orang Lain Dan Ramai Akan Bantu Anda Satu Hari Nanti...

Wednesday, 12 November 2014


Gunakan masa dengan bermanafaat...


Sentiasa mengingati Allah..


Hati menjadi tenang..


Cahaya menyinari diri...

Friday, 7 November 2014

Tuesday, 4 November 2014

Tips #4. Sentiasa ingat Allah
Ketahuilah bahawa dengan banyak mengingati Allah, ia akan membuatkan hati menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang. Kelapangan rezeki seperti ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud :-
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah Ar-Ra’d : ayat28)
Ketenteraman inilah yang sebenarnya menjadi dambaan seluruh umat manusia sama ada yang kaya mahupun yang miskin. Hanya zikirlah  yang mampu memberikan ketenangan jiwa zahir dan batin kepada kita. (irfan hairi)

Wednesday, 15 October 2014



#DIABETES SYMPTOMS

Symptoms occur because some or all of the glucose stays in the blood and it isn’t being used as fuel for energy. The body tries to reduce blood glucose levels by flushing the excess glucose out of the body in the urine.
Symptoms occur because some or all of the glucose stays in the blood and it isn’t being used as fuel for energy. The body tries to reduce blood glucose levels by flushing the excess glucose out of the body in the urine.

The main symptoms of undiagnosed diabetes include:

  • #passing urine more often than usual, especially at night
  • #increased thirst
  • #extreme tiredness
  • #unexplained weight loss
  • #genital itching or regular episodes of thrush
  • #slow healing of cuts and wounds
  • #blurred vision
In Type 1 diabetes the signs and symptoms are usually very obvious and develop very quickly, typically over a few weeks. The symptoms are quickly relieved once the diabetes is treated and under control.
In Type 2 diabetes the signs and symptoms may not be so obvious, as the condition develops slowly over a period of years and may only be picked up in a routine medical check up. Symptoms are quickly relieved once diabetes is treated and under control. Early diagnosis is very beneficial so check your Risk Score here  .http://riskscore.diabetes.org.uk/

Tuesday, 23 September 2014

#AIR MINUMAN ASSYIFA' YAQIN


Berubat dengan air minuman assyifa', air mineral semula jadi yang di campur dengan air zam-zam, air mawar dan Za'faran yang telah dibacakan dengan ayat-ayat Ruqyah syar'iyyah nabawiyyah selawat Assyifa' dan 30 Juzuk Al-Quran.

#Manafaat Perubatan Air Syifa'




Thursday, 18 September 2014

Khasiat Zaitun

#Losyen Zaitun Laverose




Sharing info Berkenaan Buah Zaitun

Firman Allah Taala:

“Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)

2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah #An-Nur:35:

...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...

Al Hadith:

1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (#Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak zaitun untuk tujuan perubatan:

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Minyak ini dikenali di pasaran sebagai #'Virgin Olive Oil'. Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama.. Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di #Baitul Muqaddis...Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam...

Antara kegunaan minyak zaitun (sesetengahnya adalah anjuran Sheikh Nazim al Haqqani):

1) Untuk #awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah: Disapu di wajah sebelum tidur:

2) Untuk mengatasi masalah kulit muka #berjerawat, parut atau melecur. Sapu pada jerawat dan parut.

3) Untuk pesakit #lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit: Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur:

4) #Leukimia: Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

5) #Kanser: Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak: kepala, kanser payudara: payudara dsb...

6) #Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

7) #Masalah penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut): Sama seperti di atas.

8) #Gangguan jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

9) #Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

10) #Anti semua kanser,sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama...(pernah tengok channel masak afc astro: semua minyak zaitun!!!!)

11) #Urut: Minyak urut utama. Elok dicampur dengan ma' warad atau air mawar!!!

12) #Melebatkan rambut: Dijadikan minyak rambut utama: Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama nabi saw!!!! Antara sifat nabi adalah rambutnya sentisa berminyak (dengan minyak zaitun)!!!

13) #Tenaga batin yang power dan membantu melicinkan proses persetubuhan.... Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur di dalam masakan. Disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.....


# JINTAN HITAM CEGAH H1N1





# Habbatus Sauda


#BAGAIMANA HABBATUS SAUDA BERFUNGSI MERAWAT KEBANYAKKAN PENYAKIT



1) Menguat sistem pertahanan badan semulajadi yang sedia ada dalam tubuh. Kandungan yang lengkap dalam habbatusauda menguatkan sistem imun daripada serangan penyakit.
  
2) Mengandungi hormon yang lengkap untuk menambah kecergasan mentel, seksual dan pelbagai aktiviti.

3) Melancar semula perjalanan darah dan ini membantu ke arah penyembuhan semulajadi.

4) Kandungan nigellon yang terdapat didalamnya terbaik dan paling berkesan untuk merawat masalah kesukaran bernafas, lelah dan radang tengkorok.

5) Membantu menguat kembali fungsi-fungsi buah pinggang, hempedu, hati, jantung dan bahagian-bahgian lain dalam tubuh seperti sediakala. Oleh itu, insya-Allah ia boleh membantu pesakit kencing manis, gout, jantung dan sebagainya.

6) Membekal sel-sel yang diperlukan untuk menambah keupayaan tubuh, menyingkirkan tumor/ketumbuhan yang mengakibatkan barah.
  
7) Membersihkan perut, menyingkirkan angin, kahak dan pelbagai tindak balas berlaku semasa rawatan. Namun ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan dan selamat digunakan.

 PENYAKIT-PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT OLEH HABBATUSAUDA
  
1) #Darah tinggi

2) #Kencing Manis

4) #Resdung

5) #Asma

6) #Luka-luka dihari

7) #Batu karang

8) #Sakit buah pinggang

9) #Gout

10) #Lemak berlebihan

11) #Luka-luka dalam mulut

12) #Luka-luka dalam perut

13) #Kurang Penghadaman

14) #Menegang permukaan kulit

15) #Mengecut semua ketumbuhan

16) #Senggugut

17) #Putaran haid tidak menentu

18) #Buasir

19) #Sakit usus perut

20) #Luka usus kecil

21) #Ketegangan urat saraf

22) #Letih lesu

23) #Masalah penglihata

24) #Anticancer (pencegah kanser yang berkesan)

25) #Antihistamine (pencegah alahan)

26) #Antioxidant (pencegah kerosakan sel)

27) #Antibiotic (pembunuh kuman)

28) #Antimycotic (antikulat)

29) #Bancho-dilating effect (pengembang saluran pernafasan)

30) #Masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang

31) #Melancarkan keluarnya kencing

32) #Memperlancarkan darah haid

33) #Melancarkan pengeluaran susu ibu.

34) #Masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan

35) #Mengeluarkan angin dari perut

36) #Menambahkan ghairah seks

37) #Masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks

38) #Masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat

39) #Masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis

40) #Masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi / rendah

41) #Masalah mental - meningkatkan kecergasan minda

42) #Masalah tulang / sendi - gaout, arthritis dan reumatima

43) #Kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban habbatus sauda dan menyarankan kita menggunakan habbatus sauda untuk merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan habbatus sauda.

Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa habbatus sauda adalah penawar segala penyakit.

LAIN-LAIN KAJIAN HABBATUSSAWDA (BLACK SEED)

I. Menurut Bukhari – Muslim, NABI S.A.W bersabda yang bermaksud “Habbatus Sawda” mempunyai ubat bagi segala jenis penyakit kecuali maut”

II. Kajian oleh tokoh perubatan terkemuka Ibnu Sina & Inbu Qayyum Al Jawziyyah dalam bukunya “U Medicine of The Prophet” terutamanya penyakit-penyakit yang melibatkan lelah (asthma), sistem pernafasan, sistem saraf, pembiakan, penghadaman dan merawat organ dalam badan serta mengatasi 50 jenis penyakit bertepatan dengan Hadith Rasullallah S.A.W

III. Orang Arab terkenal mempunyai pernafasan, tenaga sex yang baik dan mampu mengharungi perjalanan jauh (musafir) berpuluh batu hanya berjalan atau menunggang unta kerana mengamalkan Habbatus Sawda dan madu sebagai makanan harian.

IV. Doktor Abu Ali Al Hussain B Abdullah B Sina yang lebih terkenal dengan IBNU SINA di dalam kitab besarnya QANUNFIL TIBB sebagai berikut: Habbatus Sawda boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah. Dalam hal ini juga ia bertindak sebagai bom bagi menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang. Caranya ialah Habbatus Sawda di campurkan madu lebah dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

V. Kajian perubatan moden yang di lakukan oleh Dr Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang Imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda boleh di gunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

VI. Menurut kajian di Munich Institut bagi kajian Newer Therapeutic Methods mendapati habbatus suada mengandungi lebih dari 100 bahan aktif yang dianggap sebagai bahan yang mempromosikan kesihatan (health promoting subtances)

VII. Mengandungi 0.5 - 1 % ethereal oil yang bersifat antibaktiria anti oksidan.

IX. Sangat berguna untuk rawatan kulit, kulat intestine, bronchitis, kekerapan selsema, sakit kepala juga bersifat anti radang. Sangat berkesan merawat penyakit alahan dan asthma.
  
X. The Journal of American Scientist melaporkan Habbatus sauda bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.

Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatus sauda atau Habbah Sauda mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yang berkesan.

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatus sauda berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.
  
Anti-Cancer

Nigella Sativa (Black Seed) sekarang sedang dilihat oleh banyak ahli onkologi sebagai ubat herba yang serius untuk membantu dalam rawatan kanser. US Food and Drug Administration (FDA) telah memberikan 2 paten yang melibatkan minyak Nigella Sativa untuk mengubati kanser, mencegah kesan sampingan akibat chemotherapy, dan untuk meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan. Pada tahun 1991, Amala Cancer Research Centre, Kerala, India telah menjalankan kajian yang membuktikan minyak Nigella Sativa berguna dan effektif sebagai agen chemotherapeutic. Dalam kajian lain, didapati bahawa pengambilan minyak Nigella Sativa mengurangkan kesan sampingan beracun yang disebabkan oleh beberapa ubat kemoterapi yang lain seperti cisplatin dan doxorubicin.

 Pada tahun 2003 di Jackson State University, USA, doktor-doktor telah mengkaji Nigella Sativa dan keberkesanannya sebagai agen anti-cancer. Mereka mendedahkan sel kanser payudara kepada ekstrak Nigella Sativa. Hasilnya, sel kanser payudara telah di nyahaktifkan dan doktor-doktor di disitu merumuskan bahawa Nigella Sativa sesuai digunakan dalam pencegahan dan rawatan kanser payu dara.

Pada tahun yang sama, doktor-doktor di Osaka City University Medical School di Jepun mengkaji penggunaan Nigella Sativa untuk rawatan kanser usus besar. Pengajian mereka menunjukkan bahawa minyak Nigella Sativa dapat menghambat pertumbuhan kanser pada tahap postinitiation. Pada tahun 2004 di Universiti Amerika di Beirut, Lubnan, thymoquinone yang dihasilkan dari Nigella Sativa telah diselidiki untuk mengkaji kemampuannya dalam melawan sel-sel kanser usus. Penelitian mereka membuktikan bahawa thymoquinone mempunyai potensi yang tinggi sebagai agen untuk rawatan kanser usus besar.

Baru-baru ini, penyelidikan yang dijalankan di Kimmel Cancer, Jefferson di Philadelphia, menemui bahawa thymoquinone mampu menghalang pertumbuhan sel kanser pankreas dan membunuh sel-sel dengan menggalakkan proses programmed cell death. Dengan menggunakan sel pankreas manusia, kajian menjumpai bahawa thymoquinone membunuh lebih kurang 80% sel kanser. Kajian juga menjumpai bahawa thymoquinone mampu menyebabkan perubahan epigenetic dalam sel kanser pankreas dengan memodifikasikan sel DNA.

#Anti-Tumor

Pada tahun 1991, Amala Research Center di Amala Nagar, Kerala (India) menjalankan kajian yang telah menegaskan bahawa penggunaan minyak Nigella Sativa (Black Seed) mampu bertindak sebagai agen anti-tumor. Jenis kedua sel kanser, Dalton's Lymphoma ascites (DLA) sel, juga digunakan. Tikus yang menerima sel EAC dan Nigella Sativa (Black Seed) tetap muzik tanpa adanya tumor, menunjukkan bahawa secara aktif 100% mencegah perkembangan tumor EAC.

Pada tahun 1997, Cancer Research Laboratory of Hilton Head Island, South Carolina, USA, telah berjaya membuktikan bahawa Nigella Sativa dapat digunakan sebagai agen di dalam rawatan tumor dan tidak mendatangkan kesan-kesan sampingan sepertimana ubat-ubatan lain yang digunakan untuk chemotherapy. Mereka mendapati bahawa pengambilan Habbatus Sauda dapat meningkatkan kadar pertumbuhan sel sumsum tulang sebanyak 250%, manakala dapat mengurangkan kadar pertumbuhan tumor sebanyak 50%.

#Etiologi dan komplikasi diabetes banyak disebabkan oleh kehadiran free radical species di dalam badan, yang mengakibatkan oxidative stress. Pesakit diabetes menunjukkan paras oxidative stress yang tinggi yang banyak disebabkan oleh persistent hyperglycemia atau paras gula yang tinggi dan berterusan. Ini akan mengurangkan aktiviti anti-oxidative dan seterusnya menggalakkan lebih banyak penghasilan free radical species.

#Diabetes
  
Baru-baru ini, penyelidik-penyelidik menemui bahawa Nigella sativa dan bahan aktifnya Thymoquinone, mempengaruhi paras gula dan insulin di dalam badan. Tambahan pula, mereka mencadangkan bahawa aktiviti antioksidan Habbatus Sauda’ mampu mengurangkan kecederaan terhadap sel-B di dalam pancreas. Kajian tersebut menemui kurang kecederaan terhadap tisu-tisu haiwan yang mempunyai diabetes setelah mengambil Habbatus Sauda’. Disebabkan itu, mereka telah merumuskan bahawa thymoquinone mendatangkan kesan hepatoprotective, iaitu kesan perlindungan terhadap hati disebabkan oleh kesan langsung atau tidak langsung aktiviti anti-oksida Habbatus Sauda’.

Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengkaji kesan-kesan Habbatus Sauda pada paras gula di dalam darah. Kajian-kajian ini telah dilakukan ke atas beberapa haiwan, termasuk arnab, kambing, dan tikus. Keputusan kajian-kajian ini sangat memberangsangkan kerana telah menunjukkan kesan yang penting terhadap paras gula iaitu dapat menurunkan paras gula di dalam darah setelah diberikan Habbatus Sauda’ untuk sekurang-kurangnya 48 jam. Kesan tersebut akan terus meningkat apabila Habbatus Sauda’ diberikan untuk tempoh yang panjang, iaitu sehingga beberapa minggu. Oleh sebab itu, pada masa kini Habbatus Sauda’ digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk diabetes.

Pada tahun 2002, kajian yang dilakukan di Gifu Universiti di Jepun telah membuktikan bahawa Habatus Sauda’ boleh digunakan sebagai rawatan Type 2 diabetes. Pada tahun 1991, Kuwait Universiti telah menjalankan kajian ke atas mekanisma aktiviti Nigella Sativa berkaitan dengan diabetes. Mereka menjumpai bahawa ekstrak Habbatus Sauda’ adalah ubat yang sesuai digunakan untuk merawat penyakit diabetes yang tidak memerlukan insulin. Pada tahun 2003, tiga fakulti di Van, Turki, dan pada 2004 di Faculty of Medicine, Universiti Zonguldak Karaelmas, Zonguldak mengesahkan bahawa Nibella Sativa dapat menurunkan paras gula di dalam darah kepada paras normal bagi arnab yang menghidapi diabetes.

#Darah Tinggi

Kajian ke atas haiwan mendedahkan bahawa Habbatus Sauda’ mampu menjadi alternatif kepada ubat-ubat darah tinggi yang berada di pasaran sekarang. Kesan yang dilaporkan setelah mengambil Habbatus Sauda’ termasuk penurunan tekanan darah di dalam arteri selepas hanya 15 hari mengambilnya. Ciri-ciri anti-oksida Habbatus Sauda’ juga telah dikenalpasti dapat menghindarkan dari penyakit jantung.

Penyelidik-penyelidik menyatakan bahawa kemampuan diuretic Habbatus Sauda’ yang menyebabkan ia menjadi ubat darah tinggi yang baik adalah disebabkan oleh volatile oil di dalam Habbatus Sauda’. Satu kajian di Perancis menjumpai bahawa dichloromethane (sejenis volatile oil) yang dijumpai di dalam ekstrak Habbatus Sauda’ menunjukkan kesan diuretic yang tinggi. Bahagian methanol yang larut minyak menunjukkan kesan membantut ke atas tindakan arachidonic acid untuk meningkatkan penggumpalan platelet dan pembekuan darah, yang mengakibatkan kesan anti-platelet bertambah. Pada tahun 2001, Meiji Pharmaceutical University di Tokyo, Jepun telah menjalankan kajian hemotologik ke atas minyak Nigella Sativa. Mereka mendapati bahawa Nigella Sativa menunjukkan aktiviti anti-thrombosis yang lebih tinggi berbanding aspirin (ubat yang kerap digunakan untuk mengubati thrombosis).

Suatu kajian yang lain telah mendapati bahawa tikus-tikus yang telah diberi makan minyak Habbatus Sauda’ menunjukkan pengurangan paras kolesterol, triglyceride, gula, dan bilangan platelet sebanyak 15-35% berbanding control values. Keputusan ini mencadangkan bahawa kesan-kesan positif ini boleh digunakan dalam rawatan hyperglycemia dan hyperlipidemia, dan mungkin juga sebagai imbuhan dalam rawatan anemia (kekurangan sel darah merah). Beberapa ekstrak Habbataus Sauda’ mengurangkan plasma trygliceride secara signifikan dan pada masa yang sama menigkatkan paras HDL-kolesterol. Tambahan pula, satu kajian menyatakan bahawa volatile oil di dalam Habbatus Sauda’ mempunyai kesan yang sama efektif dengan simvastatin dalam mengurangkan paras kolesterol di dalam badan. Manakala satu kajian yang lain yang melibatkan sembilan orang pelajar menjumpai bahawa dua kapsul 500 mg minyak Habbatus Sauda’ sebanyak dua kali sehari selam dua minggu mampu mengurangkan paras gula dan juga paras kolesterol.
  
Bukti saintifik mencadangkan bahawa minyak Habbatus Sauda’ sangat efektif dalam mengurangkan paras homocysteine. Pembuktian melalui kajian yang dilakukan ke atas binatang menunjukkan bahawa homocysteine menyebabkan kesan oxidant secara langsung ke saluran darah, mengurangkan kesan vasodilation dan anti-coagulation nitrus oksida, dan meningkatkan oxidative stress. Minyak Habbatus Sauda’ memberi alternatif untuk mengurangkan homocysteine kepada mereka yang tidak memberi respon terhadap asid folik, vitamin B12 atau B6.

#Nigella Sativa

call/sms/telegram/whatsup 016-3212184